Sama ada di TikTok mahupun Instagram, barisan “it boy” ini terus mencipta fenomena sebagai pempengaruh media sosial yang menjadi ikutan dengan jutaan pengikut dari seluruh dunia.
Dengan kebangkitan aplikasi media sosial seperti TikTok dan Instagram, budaya pempengaruh atau influencer ini terus dijulang tinggi oleh masyarakat. Menjadi wajah hadapan dalam pelbagai bidang - dari fesyen kepada kecantikan, gaya hidup dan banyak lagi. Barisan "it boy" baharu ini sudah bersedia untuk menakluki skrin telefon pintar anda.
Antara nama yang paling hangat, Jacob Rott merupakan model dan pempengaruh media sosial yang cukup berpengaruh dalam dunia fesyen lelaki hari ini. Selain berjalan di pentas minggu fesyen, dia juga dilihat banyak menghadiri acara karpet merah dan pertunjukan fesyen di seluruh dunia. Bintang muda dengan jutaan follower di Instagram dan TikTok itu adalah salah seorang ahli Elevator Boys yang merupakan kumpulan pempengaruh lelaki yang popular dari Jerman.
Dalam usia muda baharu mencecah 19 tahun, dia telah mencipta fenomena tersendiri di TikTok. Bach Buquen memperkenalkan generasi lelaki masa kini yang berani untuk menyuntik sisi lebih feminin dalam feed gaya hidupnya. Selain banyak melakukan video tarian berlatarkan lagu serta trend viral, "dia"it boy" turut mencabar sempadan kosmetik lelaki dengan melakukan solekan di tempat awam. Sering menghadiri acara karpet merah dan minggu fesyen, dia pernah bekerjasama dengan janema-jenama utama seperti Jacquemus dan Charlotte Tilbury.
Bakat muda yang terus mencipta nama di atas pentas nyanyian. Benson Boone bermula dengan menyertai siri realiti popular, “American Idol” sebelum menarik diri secara sukarela. Selepas itu, dia terus mencipta following di TikTok sebelum dipikat oleh syarikat rakaman Night Street Records. Single ketiganya, “ Beautiful Things” terus mengangkat nama Benson Boone ke corong muzik seluruh dunia. Dia turut mencuri perhatian dengan gaya pentasnya yang berani, seperti memakai jumpsut sekuin yang berkilat pada Grammys 2025.
Peminat siri realiti sensasi berjudul “The Boyfriend" pasti mengenali susuk bernama Dai Nakai ini. Pelakon dan model dari Jepun ini merupakan salah seorang peserta kegemaran yang terus mekar selepas tamat siri Netflix ini ditayangkan. Di sosial media, dia banyak menghadiri acara di sekitar kota juga rantau Asia Pasifik. Awal tahun ini, dia telah terbang ke kota Paris untuk memenuhi jemputan ke acara Jacquemus.
Berasal dari negara seberang, Nic Kaufmann merupakan bintang TikTok yang dianugerahkan dengan raut ‘boyish’ yang luar biasa. Matanya biru kehijauan, dengan ton kulit campuran Jerman dan Singapura-India membuatnya cukup menarik. Jejaka berusia 24 tahun ini banyak berkongsi content fesyen, grooming dan gaya hidup. Dia juga sering berkongsi membuat kandungan bersama kawan baiknya, Benji Krol, sama ada ke acara karpet merah atau kala bercuti.
Mempunyai nama keluarga yang dikenali mungkin memberikan kelebihan kepadanya. Tetapi, Dylan Efron tidak menumpang populariti milik abangnya iaitu Zac Efron. Selain terkenal sebagai pempengaruh sosial media, dia juga banyak terlibat di belakang tabir dalam produksi filem dan dokumentari. Sebagai penerbit, dia telah memenangi Anugerah Daytime Emmy untuk “Down to Earth with Zac Efron”. Terbaharu, dia telah dinobatkan sebagai pemenang untuk siri realiti “The Traitors” untuk musim ketiga.