LANGGAN

Montblanc Rai 100 Years of Leather Goods Di New York Fashion Week

100 Years of Leather Goods
Published: September 26, 2026

Montblanc meraikan satu abad seni ketukangan barangan kulit di New York Fashion Week yang menghubungkan warisan penulisan, perjalanan dan seni pertukangan dengan sambutan penuh karakter.

Montblanc New York
(Photo by Dimitrios Kambouris/Getty Images for Montblanc)

Sempena New York Fashion Week, Montblanc meraikan ulang tahun ke-100 barangan kulit dalam sebuah acara di lokasi berinspirasikan Art Deco di kota New York. Turut hadir Paul Anthony Kelly, Jamie Campbell Bower dan Alexandra Daddario. Serta duta jenama iaitu Rupert Friend, Seo Kang-jun, Mew Suppasit, Kerem Bürsin dan Alfonso Herrera.

Selepas meraikan 100 tahun instrumen penulisan ikonik Meisterstück pada 2024, Montblanc kini menandakan satu lagi pencapaian penting. Seabad menghasilkan barangan kulit yang menjadi sebahagian daripada budaya penulisan dan perjalanan.

Dari Sarung Pen Ke Writing Traveler

Seo Kang-jun
Seo Kang-jun (Photo by Dimitrios Kambouris/Getty Images for Montblanc)

Kisah barangan kulit Montblanc bermula pada 1926 ketika pen mula menemani pengembara merentasi daratan dan benua. Produk kulit pertama Maison ini ialah sarung pen. Ia direka untuk melindungi instrumen penulisan berharga ketika dalam perjalanan. Sarung pen awal menggunakan kulit Juchten dan Saffiano. Dan kini Saffiano kekal sebagai salah satu material ikonik Montblanc sehingga hari ini.

Penghasilan barangan kulit pada awalnya dilakukan di bengkel berhampiran Offenbach di Jerman. Sebelum pusat kepakaran Montblanc berpindah ke Florence, Itali pada 2006. Di sinilah ketukangan tradisional, teknologi moden dan reka bentuk Montblanc bertemu untuk menghasilkan setiap ciptaan kulit. Hari ini, warisan tersebut diteruskan menerusi Writing Traveler yang menghubungkan budaya menulis dengan kehidupan yang sentiasa bergerak.

“Selama seratus tahun, barangan kulit Montblanc mempunyai satu tujuan: meraikan seni menulis. Dalam dunia yang semakin digital, keindahan sesuatu yang boleh disentuh tidak pernah terasa lebih penting,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Montblanc, Giorgio Sarné.

Setiap jenis kulit yang digunakan mempunyai karakter tersendiri dan memerlukan sentuhan artisan untuk mengekalkan kelembutan serta menyerlahkan tekstur semula jadinya. Lebih daripada sekadar aksesori, barangan kulit Montblanc direka untuk berkembang bersama pemiliknya. Lantas menjadi semakin indah dengan usia, sambil menyimpan jejak setiap perjalanan yang dilalui.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down