LANGGAN

Kempen 50 Tahun Intrecciato Oleh Bottega Veneta

Bahasa Universal Bottega Veneta
Published: May 30, 2025

Bottega Veneta mempersembahkan ‘Craft is our Language’, kempen terbaharu yang meraikan ulang tahun ke-50 seni artisan kulit Intrecciato nan ikonik.

Ulang Tahun Ke-50 Seni Artisan Intrecciato

Dalam menandakan 50 tahun seni artisan kulit Intrecciato nan ikonik, Bottega Veneta melancarkan kempen ‘Craft is our Language’ terbaharu. Kempen ini menampilkan wajah-wajah dari pelbagai negara, generasi dan latar kerjaya. Kempen ini meraikan ulang tahun anyaman kulit Intrecciato yang terus menjadi signature jenama sejak 1966 lagi. 

shu qi

‘Craft is our Language’ diangkat sebagai tema kempen dalam meraikan kreativiti dan keindahan pergerakan tangan selaku bahasa universal. Intrecciato bukan hanya satu seni anyaman kulit, ia adalah simbol kepada keterhubungan, perkongsian dan etos kolaborasi yang menjadi asas kepada Bottega Veneta. 

Bintang Kempen 'Craft is our Language'

Menerusi foto serta filem oleh Jack Davison dan Lenio Kaklea selaku koreografer, kempen ini menampilkan seni artisan rumah fesyen Itali ini bersama barisan bintang dari pelbagai latar termasuk seni, fesyen, sukan, muzik dan sastera. Antaranya, I.N yang merupakan salah seorang ahli kumpulan sensasi K-pop, Stray Kids. Penyanyi dan penerbit muzik, Tyler Okonma atau lebih dikenali sebagai Tyler, The Creator bersama penerbit album, Jack Antonoff juga terpilih untuk kempen ini. 

lorenzo musetti

Pelakon Hollywood, Julianne Moore dan Lauren Hutton, serta pelakon popular Asia, Shu Qi dan Rie Miyazawa antara barisan aktres yang membintangi kempen kali ini. Selain artis seni, Bottega Veneta turut membariskan atlet sukan, Lorenzo Musetti yang merupakan pemain tenis muda dari Itali. Rantau Asia Tenggara tidak dilupakan. Penyanyi dan pelakon dari Thailand, Thanaerng juga menyerikan kempen istimewa ini. 

Selain mengetengahkan kecemerlangan dalam kraf, dua individu juga berkongsi mengenai sejarah dan warisan anyaman Intrecciato. Edward Buchanan adalah Pengarah Desain untuk rumah fesyen ini dari 1995 sehingga 2000. Dia juga bertanggungjawab memperkenalkan koleksi sedia-pakai yang pertama untuk Bottega Veneta. Manakala, aktres legenda, Lauren Hutton yang pernah membawa beg kepit Intrecciato dalam filem ‘American Gigolo’ pada 1980. Sejak kemunculan itu, aksesori kulit yang menampilkan seni artisan tersebut terus menjadi sebahagian daripada budaya pop dunia. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down