LANGGAN

5 Item Pilihan ELLE Men Daripada UNIQLO : C Musim Luruh/Dingin 2026

UNIQLO : C Fall/Winter 2026
Published: September 30, 2026

‘Precision of Softness’ menjadi tema UNIQLO : C Musim Luruh/Dingin 2026 menampilkan interpretasi baharu terhadap gerobok harian menerusi siluet yang lebih kemas, sentuhan tekstur dan permainan layering yang bergaya.

Untuk koleksi musim ini, Clare Waight Keller kembali meneroka sisi baharu pakaian harian menerusi UNIQLO : C dengan pendekatan yang menggabungkan keselesaan dan karakter. Bertemakan ‘Precision of Softness, koleksi kali ini menampilkan proporsi yang diperhalusi, tekstur yang kaya serta lapisan pakaian yang lebih teratur.

Uniqlo Malaysia

Denim, kait, kashmir dan korduroi hadir dalam siluet yang lebih lapang namun terkawal. Manakala rona bordeaux dan coklat menjadi asas kepada palet musim ini. Sentuhan lemon, merah jambu blush dan hijau pula memberikan kontras yang lebih segar. Daripada keseluruhan koleksi, berikut lima pilihan ELLE Men yang perlu ada dalam gerobok fesyen anda:

1. Fluffy Cashmere Knit

Salah satu taruhan utama musim ini ialah siri kashmir baharu yang direka oleh Clare Waight Keller. Menggunakan teknik kait berbulu panjang, material ini menyerlahkan kehangatan semula jadi dan kelembutan sebenar.

uniqlo c

Hadir dalam rona merah jambu lembut, lemon, oatmeal, kelabu arang dan krim, pilihan merangkumi rekaan leher-V, kardigan serta ves turtleneck. Sangat sempurna untuk gaya layering musim sejuk yang sofistikated.

2. HEATTECH Cashmere Blend

Teknologi HEATTECH digabungkan dengan sentuhan kashmir menerusi rangkaian HEATTECH Cashmere Blend dalam rona baharu yang lebih terang.

Uniqlo malaysia

Direka untuk layering musim sejuk, ia menawarkan gabungan fungsi, kehangatan dan kelembutan dalam siluet yang mudah digayakan. Juga sesuai dipakai sendiri atau sebagai lapisan asas di bawah jaket dan outerwear.

2. Seluar Korduroi

Korduroi diberikan nafas baharu menerusi fabrik yang dibangunkan khas untuk menghasilkan jatuhan yang lebih ringan dan fluid. Potongannya menawarkan keseimbangan antara tekstur klasik korduroi dan siluet kontemporari. Lengkap dengan tali pinggang kulit premium berkemasan gancu logam, ia menjadi pilihan mudah untuk mengangkat gaya harian.

4. Wool & Cashmere Layering

Kait dan kashmir menjadi antara material penting dalam koleksi ini. Ia hadir dalam volum yang lebih besar tetapi kekal terkawal.

Pendekatan ini membolehkan helaian mudah dipadankan antara satu sama lain. Dalam menghasilkan gaya berlapis yang kelihatan effortless tanpa kehilangan struktur. Sesuai untuk mereka yang mahukan gerobok musim sejuk yang praktikal tetapi tetap mempunyai karakter.

5. Refined Everyday Essentials

Intipati UNIQLO : C Musim Luruh/Dingin 2026 terletak pada bagaimana pakaian harian diberikan sentuhan baharu melalui proporsi, tekstur dan cara ia digayakan.

Daripada denim dan kait kepada kashmir serta korduroi, setiap helaian direka untuk kelihatan familiar tetapi terasa lebih kemas. Seperti yang dijelaskan Clare Waight Keller, koleksi ini adalah tentang menghasilkan pakaian yang mempunyai pendirian visual tersendiri. Namun ia kekal natural dan selesa apabila dipakai.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down