LANGGAN

KAWS Sertai UNIQLO sebagai Artist In Residence Pertama

Art For All
Published: September 30, 2025

Artis seni kontemporari, KAWS yang karyanya sering mendefinisikan semula budaya pop diumumkan sebagai Artist in Residence untuk UNIQLO. 

uniqlo kaws

Di tengah hiruk-pikuk kota New York, satu berita besar menggoncang industri. KAWS, artis kontemporari yang karyanya sering mendefinisikan semula budaya pop, kini dilantik sebagai Artist In Residence pertama untuk UNIQLO. Pengumuman bersejarah ini dilakukan ketika acara LifeWear Day bertema ‘The Art & Science of LifeWear’ di The Museum of Modern Art atau MoMA di New York City. 

Langkah bersejarah ini bukan sekadar kolaborasi, ia adalah penyatuan visi. KAWS, dengan figura ikonik Companion dan sentuhan seni yang penuh tafsiran sosial, kini akan membawa falsafah Art For All UNIQLO ke tahap lebih tinggi. Dari butik global ke muzium seni, dari kemeja-T UT ke koleksi LifeWear masa hadapan, jejak KAWS bakal mewarnai setiap sudut.

“Saya mahu menghubungkan komuniti seni dengan dunia fesyen yang lebih luas. Bersama UNIQLO, saya melihat peluang untuk menghubungkan kreativiti dengan kehidupan seharian,” kongsi KAWS yang penuh semangat ketika diumumkan.

Penglibatan KAWS turut disokong oleh Presiden Global Creative Fast Retailing, John C Jay yang menekankan betapa seni kini lebih penting daripada sebelumnya. “KAWS memecahkan sempadan seni, seperti mana UNIQLO mengubah definisi pakaian harian. Bersama-sama, mereka membawa naratif baharu tentang kreativiti untuk semua.”

kaws
KAWS dan John Jay

Seni dalam Kehidupan Seharian

Apa yang menjadikan pelantikan ini unik adalah skopnya. Sebagai Artist In Residence pertama, KAWS tidak hanya menjadi wajah kempen, tetapi juga arkitek yang penuh pengalaman. Dia akan mengatur acara seni di butik global UNIQLO, bekerjasama dengan muzium ikonik di seluruh dunia, serta terlibat langsung dalam pembangunan produk LifeWear.

Lebih menarik, koleksi pertama hasil inspirasi KAWS akan tiba pada musim luruh/dingin 2025. Ini akan menjanjikan gabungan antara keselesaan ikonik UNIQLO dengan seni provokatif KAWS.

Lebih Dari Sekadar Pakaian

Bagi UNIQLO, ini adalah tentang menghidupkan seni dalam kehidupan seharian. Pakaian bukan lagi sekadar fabrik, ia adalah kanvas. Sesuatu yang mencerminkan identiti, budaya, dan semangat zaman. Dengan KAWS, UNIQLO bukan sekadar menjual pakaian, tetapi mengajak dunia untuk memakai seni. Dan di tengah perjalanan fesyen global, kita tahu satu perkara yang pasti iaitu apabila seni dan gaya hidup bertemu, hasilnya akan menjadi ikonik.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down