LANGGAN

Pengalaman The Fifth Season LILANZ Kini Bermula

Musim Kelima LILANZ
Published: October 30, 2026

Generasi pakaian lelaki moden, LILANZ kini tampil dengan rentak baharu dengan pembukaan stor di Pavilion Kuala Lumpur.

LILANZ membuka butik keenamnya di Pavilion Kuala Lumpur,  memperkenalkan rekaan fesyen yang mengutamakan fungsi dan kualiti di tengah-tengah ibu kota. Walaupun  masih baharu dalam pasaran Malaysia, LILANZ terus mendapat sambutan daripada pengguna tempatan. Pembukaan butik baharu ini turut memperkukuh kehadiran jenama tersebut dalam pasaran tempatan bagi  memenuhi permintaan yang semakin meningkat. 

Berteraskan konsep ‘Future Business’, butik baharu ini mengajak pengunjung meneroka dunia fesyen  menerusi konsep The Fifth Season. Sebuah pendekatan yang melangkaui batasan musim dan label  tradisional. LILANZ berhasrat menghasilkan pakaian lelaki yang menggabungkan mutu pertukangan warisan turuntemurun dengan kepelbagaian fungsi yang sesuai digayakan pada bila-bila masa. Menampilkan keseimbangan antara versatiliti dengan kemewahan yang bersahaja, setiap busana LILANZ memberikan fleksibiliti kepada lelaki moden untuk tampil bergaya, sama ada ketika bekerja mahupun bersantai.

Lilanz

Dengan keluasan 2,369 kaki persegi, butik baharu ini menawarkan pelbagai pilihan koleksi premium. Termasuk rekaan eksklusif yang hanya boleh didapati di Pavilion Kuala Lumpur. Pengunjung juga boleh  meneroka tiga rangkaian utama LILANZ, iaitu SMART, Performance dan Urban Casual.

Koleksi Musim Luruh 2026

Lilanz

Koleksi LILANZ Musim Luruh 2026 kini ditawarkan di butik LILANZ, Pavilion Kuala Lumpur. Menampilkan pelbagai  pilihan pakaian lengkap untuk lelaki yang mengutamakan gaya, koleksi ini direka untuk menggabungkan  elemen pakaian formal pejabat dengan gaya kasual. Daripada tona bumi yang hangat hinggalah warna mahogani yang mendalam. Koleksi ini turut mengetengahkan fabrik semula jadi premium dengan pelbagai  potongan dan gaya yang sesuai untuk pelbagai acara. Sama ada untuk golongan profesional yang berkerjaya mahupun anak muda yang gemar meneroka gaya hidup bandar. LILANZ menawarkan pilihan  pakaian yang ringkas dengan sentuhan eksklusif.

Sempena pembukaan butik Pavilion Kuala Lumpur, LILANZ telah menganjurkan satu pengalaman membeli belah interaktif yang eksklusif. Majlis pembukaan rasmi butik tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Peruncitan Pavilion Kuala Lumpur, Dato' Joyce Yap; Naib Presiden Kumpulan LILANZ, Chao Liang; dan Pengurus Besar LILANZ Asia Tenggara, Liu Jian Feng. Majlis itu turut dihadiri pemain fesyen tempatan termasuk Daler Yusuf, Iydzham Ang, Alvin Tiew, Daniel Fong, Evertts Gomez dan Hakimi Noordin.

Suasana acara turut dimeriahkan dengan persembahan DJ Anthony Pang yang bertenaga. Sementara para  tetamu berpeluang meneroka butik baharu serta koleksi musim luruh terkini LILANZ. Acara ini turut  menampilkan bengkel penggayaan fesyen yang dikendalikan oleh Andrea Kee, yang berkongsi panduan tentang cara menyerlahkan gaya peribadi dengan pilihan pakaian daripada LILANZ. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down