LANGGAN

Shoes of the Season? Kenzorush!

Pengarah Kreatif Kenzo, Nigo, mencedok sukan larian retro untuk Kenzorush.
Published: October 31, 2026
kenzorush

Yang lama berlabuh dan yang baharu datang menjenguk. Apa yang pernah membentuk kelamaan, dikutip sebagai corak baharu. Konsentrasi Kenzo adalah melapangkan perspektifnya, dengan menggandakan nostalgia dengan sentuhan kontemporari – memperkenalkan Kenzorush, sniker baharu yang mengentalkan estetika sukan larian retro!

Menyemak inspirasi dari arkib namun menyenangi kekinian. Tidak mahu terikat pada masa silam, lantas warisan diperluaskan. Menemui pandangan baharu dan nostalgia dijadikan sendi kepada ekspresi yang serasi dengan kesegaran masa kini. 

kenzorush

Pengarah Kreatif, Nigo mengukur warisan Kenzo ; yakni Kenzo Move yang ditampilkan dalam himpunan Musim Luruh/Dingin 2017 ; dihidupkan sebagai siluet Kenzorush. Karakter kasut ini bersendikan kesukanan, menggarisbawahi keringanan kala dipakai malah strukturnya juga kemas. Apa yang menjadikan ia distigtif adalah penyatuan material yang sifatnya berbeza (pada bahagian atas kasut), langsung tercetusnya visual unik. 

Butiran moden melengkapi gagasan kontemporari. Pengaruh vintaj malah tersisip sekali. Inilah yang menjelmakan estetika Kenzorush. 

Nigo berkreatif dengan menerapkan tandatangan Pengasas Kenzo, yakni Kenzo Takada – huruf K dijadikan logo utama, yang diperbuat daripada material kulit berona kontra. Di samping itu, identiti Kenzo berlanjutan pada bahagian lidah kasut dan tapak kasutnya dilengkapi oleh motif huruf K yang diolah ‘berkembar’. Kefungsian turut diberi perhatian, dengan sistem ikatan tali kasut berupa stop-lacing dan menyempurnakan keseluruhan reka be tuknya. 

Kenzorush dihidangkan dalam pilihan material nilon, material kulit yang memimik tekstur denim serta material sued. Lapan rona utama menjadi tumpuan: untuk gaya si lelaki adalah rona-rona seperti hitam, marigold, kelabu mutiara dan krim gelap. Manakala gaya si perempuan pula tersedia rona-rona off white, merah jambu pastel, biru dan krim gelap. 

Topics:
Share this article:
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down