Jenama pakaian global, UNIQLO meneruskan kolaborasi hangat dengan melancaran koleksi musim luruh/dingin 2025 bersama JW ANDERSON. Koleksi terbaharu ini diinspirasikan oleh rekaan pakaian lapangan tradisional British. Ia menggabungkan unsur reka bentuk praktikal dan gaya klasik dengan sentuhan moden dalam mentafsir semula pakaian musim sejuk dari perspektif baharu.
“Koleksi musim ini mengemas kini gaya gerobok musim sejuk British dengan keseimbangan antara gaya mudah dan elemen keseronokan universal. Selain item khas yang menjadi identiti JW ANDERSON seperti jaket utiliti dan poncho, kami turut memperkenalkan warna-warna hangat baharu untuk seluar jeans serta kemeja oxford kami yang ikonik.” - kata pereka fesyen, Jonathan Anderson.
Koleksi ini menampilkan rekaan berinspirasikan gaya luar British dengan elemen moden dan praktikal. Antaranya, Jaket utiliti PUFFTECH lelaki yang diinspirasikan daripada jaket memburu klasik, memberikan siluet tegap dengan fungsi tahan sejuk yang ringan. Seluar korduroi lelaki pula hadir dengan potongan wide tapered dan poket depan gaya pakaian kerja. Lantas menyerlahkan lagi elemen utilitarian yang penuh bergaya. Untuk wanita pula, poncho lembut serbaguna menjadi pilihan utama. Ia boleh digayakan sebagai selimut hangat atau dipasang butang untuk dijadikan jaket luar yang chic.
Kesempurnaan Antara Fungsi dan Reka Bentuk
Rekaan jaket pendek wanita dengan isian PUFFTECH yang ringan dan hangat menampilkan potongan cropped. Ini sangat sesuai dipakai untuk gaya musim ini yang moden dan berlapis. Baju panas Lambswool Crew Neck corak herringbone dwi-ton pula direka uniseks, menjadikannya pilihan sempurna untuk semua. Koleksi ini turut memperkenalkan stokin HEATTECH. Item kegemaran ramai ini menyuntik keselesaan, warna menarik dan rekaan yang menyeronokkan. Kali ini, ia hadir dalam lima gaya dan sepuluh pilihan warna.
Koleksi UNIQLO x JW ANDERSON musim luruh/dingin 2025 menggabungkan kehangatan, gaya dan fungsi dengan pesona British yang tidak lapuk dek zaman. Ini menjadikan setiap helaian bukan sekadar pakaian, tetapi refleksi gaya hidup moden yang selesa dan berjiwa bebas.
Koleksi dengan gaya British klasik dengan sentuhan moden ini sudah tersedia di stor fizikal UNIQLO dan secara atas talian.