Bagi sesetengah orang, cermin mata bukan sekadar keperluan atau hanya alat bantuan penglihatan. Ia adalah refleksi personaliti, pernyataan gaya, dan kesinambungan diri yang sempurna. Dengan koleksi musim luruh/dingin 2025 terbaharu, Lindberg terus melangkaui batas personalisasi, dengan menawarkan cermin mata mewah Denmark buatan tangan yang direka untuk keselesaan tiada tandingan serta menghidupkan gaya individu yang tersendiri.

Jackson Yee Sebagai Duta Global
Lindberg juga mengumumkan Jackson Yee sebagai duta jenama global terbaharu. Ikon muda serba boleh ini dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi, dan penari. Bakat miliknya mencerminkan semangat jenama melalui keberanian berkarya dalam bidang baharu serta versatiliti, seiring dengan falsafah iaitu reka bentuk, inovasi dan personalisasi.
“Saya sukakan rekaan minimalis. Dalam proses kreatif saya, saya lebih gemar suasana santai, tetapi tetap mengekalkan elemen elegan.” - Jackson Yee.
Musim ini, Lindberg yang diasaskan pada 1986 memperluaskan koleksi kaca mata hitam mereka dengan membina daripada rekaan effortlessly cool daripada koleksi musim bunga/panas 2025. Bentuk uniseks kali ini memberi nafas segar pada minimalisme, diserikan dengan pilihan kanta berinspirasi pelangi yang halus tetapi menonjol, ringkas namun juga berani. Kaca mata hitam ini dicipta untuk menangkap cahaya dan mencuri perhatian. Cukup sesuai untuk mereka yang mahu tampil ringkas tetapi penuh karakter sepanjang masa.

Sementara itu, cermin mata optikal kekal sebagai pernyataan fesyen utama untuk musim luruh tahun ini. Ia terus melangkaui fungsi asas untuk menjadi aksesori gaya yang mesti dimiliki. Menerusi koleksi musim luruh/dingin 2025 ini, Lindberg memperkenalkan model baharu yang meraikan ekspresi diri yang sebenar. Lindberg Sigge adalah bingkai cermin mata empat segi kontemporari yang berubah mengikut pilihan peribadi. Beranikan diri dengan memadankan pelbagai rona pada rim atas, rim bawah, dan batang bingkai untuk menghasilkan gaya yang benar-benar menyerlah. Lindberg Acetanium 1064 pula menampilkan rekaan klasik yang boleh dipersonalisasi dalam pelbagai saiz, bentuk serta warna. Pilihan aura vintaj dengan corak Havana berkilat atau gaya moden dengan rona matte blonde dan gangsa separa lutsinar.
Bingkai Lindberg bukan sekadar cermin mata. Ia adalah sebuah perjalanan gaya peribadi yang personal. Dengan kemungkinan penyesuaian tanpa had, koleksi musim luruh/dingin 2025 kali ini mengajak pengguna untuk meraikan kebebasan dalam mambuat pilihan, serta mentakrif semula gaya mengikut kehendak peribadi yang unik dan tersendiri.