Selepas kejayaan kolaborasi sulung, PUMA dan RIPNDIP kembali dengan Drop 2 yang lebih chaotic, memadukan gaya skate dengan DNA sukan ikonik PUMA.
T-shirt grafik, hoodie, sweatpants oversized, dan dad cap tampil bold bersama grafik eksklusif. Koleksi ini turut menampilkan knitted vest serta skull beanie reversible dengan motif kaleidoskopik hijau-hitam yang trippy.
Sorotan kasut bermula dengan Suede XL, kini dihiasi visual Lord Nermal dan stash pocket tersembunyi. PUMA Inhale hadir dengan tona hitam dan gradient subtle, manakala Inverse menyala dengan hijau elektrik serta molten silver. Setiap satunya membawa elemen kejutan dari Nermal.
PUMA x RIPNDIP Drop 2 dilancarkan pada 27 September dengan harga RM229 – RM669 serta boleh didapati di PUMA.com dan butik PUMA seluruh negara.