
Pada tahun 1910, di perbukitan berhutan di Utara Itali, Ermenegildo Zegna mendirikan sebuah rumah tekstil berlandaskan impian yang melangkaui sekadar pembuatan fabrik. Hasratnya bukan hanya untuk mencipta fabrik terbaik di dunia, tetapi untuk menyulam gaya peribadi yang belum pernah dilihat oleh dunia. Baginya, gaya seorang lelaki bukan sekadar apa yang dipakai, tetapi bagaimana dia membawa diri dalam, bersama tujuan, maruah, dan keanggunan sebagai asas setiap langkah.
Di Torino, Ermenegildo sering membawa fabrik ciptaannya kepada tukang jahit peribadi untuk dijadikan sut. Dari situlah gaya pemakaian uniknya mula terbentuk — tepat, halus dan penuh ketelitian. Pada suatu hari, menjelang sebuah persembahan berprestij di Teatro Regio di Torino, dia menempah sut yang sangat istimewa. Sut itu diperbuat daripada Vellus Aureum, serat paling halus dan berharga yang pernah dihasilkannya. Sut itu kemudiannya menjadi lambang ikonik dan menjadi asas kepada apa yang kini dikenali sebagai gaya Torino.


Lebih satu abad kemudian, ZEGNA mengangkat semula siluet ikonik peninggalan pengasasnya menerusi koleksi musim luruh/dingin 2025. Gaya ini diinspirasikan daripada sut asal Torino, dengan ciri bahu berstruktur, kolar lebar dan potongan yang tepat. Setiap jaket menampilkan poket bulat (versi flap dan patch), lengan berbutang tiga, serta lubang butang atas yang diletakkan lebih tinggi (sebagai penanda ikonik jenama, 232 Road). Jalan bersejarah ini menghubungkan Trivero dengan kawasan sekitarnya sebagai sebahagian daripada visi Ermenegildo untuk memperindah komuniti. Ribuan pokok turut ditanam sepanjang laluan, yang kininya dikenali sebagai Oasi Zegna.
Di teras koleksi ini terserlah sut Vellus Aureum versi baharu. Ia dihasilkan daripada flanel ultra-lembut dan dipotong dengan ketelitian bertaraf adi busana. Jahitan tangan, lapisan dalam sutera dan struktur dalaman yang memberi rasa ringan dan selesa, dibina dengan penuh kepakaran. Ia bukan sekadar sut ia adalah kesungguhan jenama dalam melakukan sesuatu dengan penuh teliti dan disiplin.
Untuk meraikan pelancaran ini, ZEGNA kembali ke Torino bersama Duta Global, Mads Mikkelsen untuk kempen musim luruh/dingin 2025 terbaharu. Kempen ini dirakam di Teatro Regio di Torino dan di latar landskap Alpine yang tenang. Perjalanannya mencerminkan lelaki yang tenang, yakin dan terhubung dengan sesuatu yang mendalam. Torino pula menjelmakan tafsiran jenama tentang Italianità, yakni keanggunan yang bersahaja, berakar dalam budaya, cita rasa dan gaya hidup yang tidak perlu ditonjolkan.


Kempen ini merakamkan jiwa kota itu. Daripada langkah santai di jalan-jalan ikonik, hinggalah detik menikmati espresso pagi. Ia memperlihatkan gaya hidup yang santai namun mewah, selaras dengan kehalusan gaya Torino yang sinonim dengan ketukangan dan penjahitan bertaraf tinggi. ZEGNA kini mentakrifkan semula erti sebenar sut.