LANGGAN

Takrifan Baharu Generasi Kasut Hibrid Cole Haan

The Next Generation Hybrid Dress Shoe
Published: October 6, 2025

Cole Haan memperkenalkan koleksi ØriginalGrand Cityspectre yang membariskan generasi kasut hibrid terbaharu untuk lelaki moden hari ini. 

cole haan malaysia

Dilancarkan oleh Cole Haan pada tahun 2012, koleksi ØriginalGrand™ telah mentakrif semula dunia kasut lelaki. Ia menggabungkan kejuruteraan berprestasi tinggi dengan estetika klasik kasut formal. Apa yang bermula sebagai penjenamaan semula berani terhadap rekaan Oxford, kini berkembang menjadi kategori lengkap. Dari but Chelsea hinggalah ke kasut golf, semuanya direka dengan kusyen unggul, daya cengkaman tinggi dan keselesaan ringan yang mengikuti gaya hidup moden.

Hadir musim luruh ini, Cole Haan membawa legasi hibridnya ke tahap seterusnya dengan pelancaran ØriginalGrand Cityspectre Collection. Direka dengan gaya yang kemas dan teknologi lantunan revolusioner, Cityspectre menggabungkan kusyen inspirasi kasut larian dalam siluet bergaya yang direka untuk menyaingi rentak kehidupan harian. Dikuasakan oleh ENERGYFEEL™ Foam yang berdaya lantun tinggi, ia memberikan tindak balas ringan dan bertenaga tanpa kompromi. Ia akan memastikan anda bergerak dengan mudah sambil mengekalkan keanggunan abadi kasut dress klasik.

Dengan Cityspectre, Cole Haan terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam inovasi kasut hibrid. Ini membuktikan bahawa prestasi dan gaya elegan boleh wujud seiring, tanpa perlu berkorban antara satu sama lain.

Apakah ciri dan keistimewaan koleksi ini?

  1. ENERGYFEEL™ Foam midsole – memberikan lantunan tahap baharu pada setiap langkah

2. Tapak dalam GRANDFØAM – menyerap hentakan dan menawarkan daya pantulan semula yang selesa

3. Bahagian atas kulit Nubuck dan Saffiano – dengan perincian buatan tangan yang halus

4. Rekaan kasut dress klasik – diperbaharui dengan keselesaan sepanjang hari

Koleksi ØriginalGrand Cityspectre serta himpunan musim luruh 2025 kini boleh didapati di colehaan.my dan butik Cole Haan terpilih di seluruh negara.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down