
Menghadiri Milan Men’s Fashion Week bukan sekadar beralih dari satu pertunjukan fesyen ke pertunjukan yang lain. Ia bermakna berjalan berkilometer setiap hari, mengejar jadual yang padat, bergerak dari janji temu ke acara eksklusif. Ini semua sambil memastikan penampilan sentiasa kemas dan bergaya.
Atas sebab itu, pemilihan kasut menjadi antara perkara paling penting dalam gerobok kembara saya. Untuk minggu fesyen kali ini, saya memilih tiga rekaan berbeza daripada Cole Haan yang bukan sahaja menawarkan gaya kontemporari, malah memberikan keselesaan optimum sepanjang hari.
Daripada sniker moden, loafer klasik hinggalah kasut berinspirasikan sukan, setiap rekaan hadir dengan identiti tersendiri dan cukup versatil untuk dipadankan dengan gaya formal mahupun kasual. Paling penting, setiap pasang terasa ringan, tahan lasak dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai untuk dimuatkan ke dalam bagasi ketika mengembara.
1. GrandPrø Turf SkyWeave™ Sneakers


Sniker ini menjadi pilihan utama untuk hari-hari yang bermula seawal pagi dan hanya berakhir lewat malam. GrandPrø Turf SkyWeave™ menggabungkan inspirasi kasut latihan bola sepak klasik dengan siluet moden yang lebih kemas dan versatil.
Teknologi kusyen SkyWeave™ memberikan rasa ringan serta menyerap hentakan dengan baik, menjadikannya selesa dipakai walaupun selepas lebih 10 jam berjalan di sekitar kota Milan. Rekaan yang diinspirasikan daripada kasut bola sepak era 1980-an dan 1990-an pula menjadikannya mudah digayakan, sama ada bersama sut kasual mahupun denim.
2. Pinch Long-Weekender Penny Loafers


Loafer klasik yang diberikan nafas baharu dengan teknologi keselesaan moden. Pinch Long-Weekender Penny Loafer mengekalkan siluet preppy yang elegan, namun dipertingkatkan dengan sistem kusyen SpringLoop Cushioning yang memberikan sokongan lembut sepanjang hari.
Sama ada menghadiri mesyuarat, bergerak ke lokasi pertunjukan fesyen atau menikmati makan malam selepas waktu kerja, loafer ini tampil kemas tanpa mengorbankan keselesaan. Ia membuktikan bahawa kasut klasik masih relevan untuk gaya hidup lelaki moden yang sentiasa bergerak.
3. GrandPrø Ashland Golf


Walaupun direka untuk padang golf, GrandPrø Ashland Golf membuktikan ia juga sesuai dipakai di luar gelanggang. Rekaan ini mengekalkan DNA Ashland yang terkenal dengan kusyen ringan dan responsif, sambil dipertingkatkan dengan beberapa ciri prestasi untuk memberikan kestabilan tambahan.
Bahagian atas menggunakan material jejaring kalis air yang membantu melindungi kaki daripada kelembapan, manakala sokongan di bahagian tengah kaki serta tumit yang lebih kukuh memberikan keselesaan ketika berjalan jauh. Sistem cengkaman bersepadu pada tapak luar pula memastikan langkah lebih stabil di pelbagai permukaan. Ia menjadi pilihan ideal untuk mereka yang mahukan kasut berinspirasikan sukan yang masih tampil bergaya untuk dipakai setiap hari.
Sama ada menghadiri pertunjukan fesyen, meneroka jalan-jalan ikonik di Milan atau sekadar menikmati secawan espresso di kafe kegemaran, tiga rekaan Cole Haan ini membuktikan bahawa kasut yang baik bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah memberikan keselesaan yang diperlukan untuk mengharungi jadual yang padat sepanjang hari.
Koleksi kasut ini boleh didapati di stor Cole Haan yang terletak di The Exchange TRX, Lalaport Bukit Bintang Centre, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang serta secara atas talian di colehaan.my.