Dulu beg dianggap aksesori khusus wanita, namun kini ia menjadi simbol gaya, identiti dan praktikaliti untuk lelaki moden. Dari style streetwear ke pentas fesyen, pilihan beg lelaki semakin pelbagai dan versatil. Berikut adalah trend utama yang sedang mendominasi:
Minimalis tetapi bergaya, beg bahu kembali menjadi pilihan utama. Direka ringkas dan mudah dipadankan, ia sesuai untuk gaya kasual harian mahupun smart-casual.
Beg silang menonjolkan gaya urban dan praktikal. Dengan saiz kompak tetapi cukup ruang untuk keperluan harian, ia menjadi pilihan Gen Z dan milenial yang mahukan aksesori mudah alih dan selesa.
Statement piece untuk lelaki berani. Beg oversized bukan sahaja praktikal untuk membawa banyak barang, tetapi juga memberi sentuhan fesyen yang bold dan edgy.
Ikonik dan klasik, beg kulit doktor kembali dalam radar gaya lelaki moden. Dengan struktur kukuh dan sentuhan vintaj, ia sesuai untuk mereka yang mahu tampil sophisticated.
Elegan dengan aura profesional, beg top handle kini menjadi trend di kalangan lelaki yang mengutamakan gaya polished. Sesuai untuk kerja mahupun acara formal, ia membawa aura maskulin yang refined.
Mengambil inspirasi daripada bagasi klasik, trunk bag hadir dengan bentuk kotak yang tegas dan kemasan mewah. Contoh terbaik ialah Louis Vuitton Side Trunk PM, yang menggabungkan warisan trunk ikonik Louis Vuitton dengan rekaan kontemporari. Ia memberi elemen retro sekaligus moden, menjadikannya pilihan unik untuk lelaki yang mahukan gaya berkarakter.
Kesimpulan
Trend beg lelaki moden membuktikan bahawa aksesori bukan lagi soal fungsi semata-mata, tetapi juga ekspresi personaliti. Sama ada bergaya ringkas dengan beg bahu atau tampil berani dengan beg oversized, pilihan beg kini menjadi definisi fesyen lelaki masa kini.