Tiba kita di bulan Julai bagi tahun 2025, dimana figura lelaki dapat dilihat giat menggayakan beg tangan mereka tanpa kebersalahan. Fesyen kini semestinya telah berevolusi dengan tangkas berbanding dahulu! Ada yang masih ragu-ragu untuk menstailkan aksesori ini? Mari ELLE yakinkan anda semua dengan menampilkan pemakaiannya oleh lima selebriti.
Bagi pandangan ELLE, A$AP Rocky merupakan perintis pemecah norma bagi lelaki untuk memakai beg dalam pakaian harian. Cara penggunaan oleh Rocky seperti mainan warna, saiz dan tekstur menjadikan beg sebagai statement yang cukup berkuasa bagi lelaki. Lihat saja pakaiannya di Minggu Fesyen Milan pada penghujung tahun lepas!
Seiring dengan A$AP Rocky, Jacob Elordi juga menormalisasikan pempraktikan beg dalam pakaian harian. Daripada saiz kecil hingga saiz besar, warna hitam hingga merah garang, Elordi mewajahkan koleksi tas yang cukup besar. Namun, jenama pilihan hatinya sentiasa daripada jenama Bottega Veneta.
Pemain Formula 1 British terkenal, Lewis Hamilton sering tampil dengan penuh gaya dengan dengan kautan beg di tangan. Saiz dan ruang yang besar menjadikan pilihan begnya sentiasa praktikal, sesuai dengan sesiapa yang juga mempunyai gaya hidup aktif dan sibuk!
Bad Bunny menampilkan aura yang lebih laid-back, dengan pakaian yang mengutamakan keselesaan dan kesan siluet yang lebih besar. Lihat sahaja cara dia memakai beg bersaiz sederhana warna hitam untuk menyatukan pakaiannya.
Nama yang cukup besar yang mengintergrasikan industri muzik dan fesyen, pengarah kreatif lelaki Louis Vuitton, Pharrell Williams cukup gemar dengan beg, yang boleh dilihat dari stail harian sehingga ke koleksi pakaian maisonnya. Yang paling ELLE suka, koleksi tas lelaki Louis Vuitton juga sekarang semakin banyak ragam dan bervariasi setelah diambil alih oleh Pharrell. Beg kegemaran Pharrell tidak lain tidak bukan adalah Millionaire Speedy rona kuning yang dipasarkan dengan harga USD 1 juta. Sememangnya the goat!