LANGGAN

Adidas Cetus Debaran Sukan Permotoran Bersama Pasukan Formula One Mercedes-AMG PETRONAS

adidas x Mercedes-AMG PETRONAS
Published: October 1, 2025

Acara pop-up adidas x  Mercedes-AMG PETRONAS yang menggabungkan kelajuan dan gaya, dengan kemuncak penuh adrenalin di mana peminat berpeluang berlumba menentang ikon sukan permotoran Malaysia. 

formula 1 malaysia

adidas Malaysia melancarkan acara pop-up adidas x Mercedes-AMG PETRONAS di Central Exchange, The Exchange TRX. Satu destinasi yang menggabungkan kelajuan, gaya dan inovasi di tengah-tengah Kuala Lumpur. Acara istimewa ini berlangsung sehingga 7 Oktober 2025, menjadikan bandar raya sebagai pentas inspirasi sukan dan fesyen moden.

Acara pop-up ini diadakan bersempena minggu perlumbaan di Singapura. Ia memberi peluang kepada peminat untuk merasai sendiri debaran litar Formula One. Dari simulator perlumbaan berprestasi tinggi, cabaran refleks interaktif hinggalah ke pertunjukan fesyen eksklusif, pengalaman ini menzahirkan komitmen adidas untuk terus menerajui inovasi dan membawa semangat perlumbaan ke jalanan ibu kota. 

Mercedes-Amg Petronas

Pelancaran acara ini dimulakan dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan sebelas  koleksi daripada adidas x Mercedes-AMG PETRONAS. Acara diteruskan dengan penampilan ikon sukan permotoran Malaysia, Alex Yoong bersama anaknya, Alister Yoong. Serta Minvern Kuah, yang mempamerkan kemahiran mereka melalui simulator perlumbaan. Masa pusingan terpantas yang dicatatkan mereka kini menjadi cabaran utama untuk ditandingi para peminat sepanjang minggu perlumbaan.

Debaran bakal mencapai kemuncak pada 7 Oktober dengan Perlumbaan Simulator Kereta Speedster. Di mana 40 peserta terpantas sepanjang minggu akan kembali untuk satu perlumbaan penentuan terakhir. Daripada jumlah itu, 12 pelumba terbaik akan diberi peluang untuk berentap dengan Alex Yoong dan Minvern Kuah. Pemenang lelaki dan wanita terpantas masing-masing akan membawa pulang baucar adidas bernilai RM1,500.

Sorotan Acara Pop-Up adidas x Pasukan Formula Satu Mercedes-AMG PETRONAS 

  • Zon Interaktif Gaya Pelumba Profesional: Uji refleks anda melalui cabaran reaksi dan catat masa pusingan terpantas dengan simulator perlumbaan. 
  • Pertunjukan Fesyen Kelajuan: Saksikan koleksi adidas x Pasukan Formula 1 Mercedes-AMG PETRONAS, yang menggabungkan kejituan teknologi Formula Satu dengan DNA pakaian sukan adidas. 
  • Tawaran Eksklusif adiClub: Ahli adiClub yang berjaya menyempurnakan aktiviti di ketiga-tiga stesen interaktif akan menerima cop pada kad perjalanan mereka, yang boleh digunakan untuk menebus minuman kopi percuma. 
  • Belanja dan Menang: Pengguna yang berbelanja RM499 dan ke atas dalam satu resit semasa acara pop-up ini boleh membawa pulang model kereta mini dan pelekat eksklusif Mercedes-AMG; yang boleh disesuaikan di lokasi.
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down