LANGGAN

Lelaki Dengan T-shirt Putih? Kombinasi Paling Hot!

So hot, it should be illegal.
Published: July 30, 2025

Ada sesuatu tentang T-shirt putih yang membuatkan penampilan lelaki tampak effortless dan sangat memikat sehingga... mampu membuatkan ramai wanita jatuh hati! T-shirt putih bukan sekadar pakaian asas dalam almari lelaki, ia adalah simbol gaya yang kekal relevan sepanjang zaman - helaian klasik yang never out of style!

Meerqeen
Gambar: Meerqeen daripada Instagram/ @meerqeen

Tidak kira musim atau trend yang silih berganti, item ini tetap menjadi pilihan utama lelaki untuk tampil santai namun bergaya. Dipadankan bersama jeans atau jaket, potongan slim fit mahupun oversized, apa saja cara gayanya, ia tidak mungkin salah. Daripada James Dean ke Chris Evans, daripada Jungkook ke Hyunjin, daripada Sky Iskandar ke Meerqeen, semua selebriti lelaki ini pernah mempunyai momen bersama T-shirt putih. 

Berikut adalah empat sebab mengapa anda patut melabur dalam T-shirt putih yang berkualiti:

1) Minimal namun penuh dengan daya tarikan

Ia tampil dengan gaya ringkas, namun cukup untuk menyampaikan mesej “I’m confident in my own skin.” Dalam kesederhanaannya terserlah keyakinan diri yang secara semula jadi memikat. Dan dalam dunia fesyen, tiada apa yang lebih menarik daripada seorang yang yakin dengan dirinya.

Gambar: Instagram/ @manurios

2) Gaya klasik yang timeless

Daripada legenda Hollywood seperti James Dean dan Marlon Brando hinggalah ke wajah moden seperti Jacob Elordi, T-shirt putih kekal sebagai simbol gaya maskulin yang tidak pernah ketinggalan zaman. Ia kekal relevan merentasi dekad, menjadikannya staple wajib dalam almari lelaki bergaya.

3) Menyerlahkan fizikal lelaki secara subtil

Potongan yang tepat mampu menonjolkan bahu dan dada dengan sempurna (tanpa perlu mencuba). Ia menyerlahkan bentuk tubuh serta tona kulit secara halus, menjadikan penampilan tampak lebih kemas, rapi dan effortlessly attractive.

Gambar: Instagram/ @olivermuhl

4) Serba boleh dan mudah disuai padankan

Versatilitinya menjadikan ia antara item wajib untuk gaya santai mahupun semi-formal. Sama ada digayakan bersama seluar jeans, tailored trousers atau disarungkan di bawah blazer dan jaket kasual, ia sentiasa berkesan dan tidak pernah mengecawakan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down