LANGGAN

10 Item Asas Mesti Dimiliki Setiap Lelaki

First things first, let’s talk basics.
Published: September 1, 2025

Almari pakaian yang solid bukan tentang memiliki setiap item trendy, tetapi tentang memiliki asas pakaian yang tepat. Anggap sahaja ia sebagai kit gaya anda: ringkas, bersih dan minimalis. 

Jika anda sering membeli pakaian baharu tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk menggayakannya, masalahnya bukan pada item itu. Tetapi sebenarnya kerana item-item dalam almari anda masih terhad. 

Di sinilah konsep capsule wardrobe memainkan peranan. Timeless, versatil dan sentiasa boleh disuai padankan. Setelah pakaian asas anda lengkap, penambahan item bermusim dapat digayakan dengan mudah. Ia membawa elemen segar dan kontemporari pada gaya anda, tanpa perlu menukar keseluruhan almari setiap kali trend baru muncul. But first things first, let’s talk basics.

Ini adalah 10 item asas yang wajib dimiliki setiap lelaki. Jika anda sudah ada, semak semula kondisinya. Jika sudah lusuh atau bukan dalam kondisi yang baik, ini masa yang sesuai untuk upgrade!

1. T-shirt Putih

Item asas

Ikon minimalis. Bersih, segar dan sentiasa relevan untuk setiap lelaki. Gayakan bersama denim atau di bawah blazer, ia seperti kanvas kosong untuk segala gaya! 

2. Kemeja Oxford

Item asas

Pilihan selamat? Rona putih atau biru muda. Dengan potongan kemas, penampilan anda terus tampak segak, sama ada formal atau kasual. Gulung lengan atau biarkan terbuka di atas t-shirt untuk gaya santai hujung minggu, atau padankan dengan seluar slack dan blazer untuk ke pejabat.

3. Sweater Crewneck

Salah satu item layering paling versatil. Leher bulatnya yang ringkas memudahkan padanan gaya. Daripada kemeja untuk tampilan kemas hingga ke t-shirt untuk gaya santai, sweater crewneck memberi keseimbangan ideal antara keselesaan harian dan sentuhan refined yang elegan.

4. Jeans 

Lupakan jeans distressed dan utamakan sepasang jeans berkualiti. Semestinya jeans dengan potongan lurus atau relaxed (bukan potongan slim, ia agak kurang menarik…). Malah, jeans yang tepat boleh digayakan bila-bila masa, siang atau malam. Tiada almari yang lengkap tanpa a pair of good jeans.

5. Chinos

Item asas

Beige atau navy, ia ada alternatif chic kepada jeans. Ramai yang memandang ringan, namun chinos sangat mudah dipandankan. Berbeza dengan jeans, ia memberikan penampilan yang lebih kemas dan ringan, tanpa mengorbankan keselesaan anda.

6. Blazer

Blazer

Blazer mampu menaik taraf gaya dalam sekelip mata. Sama ada dipadankan dengan jeans, chinos atau seluar tailored, ia menambah struktur dan keyakinan seorang lelaki. Sesuai untuk pembentangan di pejabat atau menaikkan aura maskulin ketika makan malam romantik berlampu lilin.

7. Jaket Denim

Kasual, tahan lasak dan mudah dipadankan. Sama ada bersama t-shirt, singlet atau hoodie, ia menambah dimensi rugged yet refined, menjadikan gaya anda lebih maskulin dan karismatik.

8. Sneakers Putih

Bersih, minimal dan kekal relevan. Ia serasi dengan hampir semua gaya moden, malah boleh digayakan dengan sut kasual tanpa rasa janggal.

9. But Chelsea 

But chelsea

Hitam atau coklat, chelsea but menambah aura maskulin dan matang. Potongan sleek padanya memberi garis dan struktur yang tepat pada kaki, menjadikan setiap langkah penuh gaya dan keyakinan.

10. Jam Tangan

Item asas

Jam tangan klasik merupakan simbol gaya buat lelaki, aksesori kecil namun memberikan impak yang besar. Ia menonjolkan kematangan dan rasa estetik yang tinggi. 

Kredit gambar: Pinterest

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down