LANGGAN

Pack Like a Pro: Checklist Item Mesti Bawa Untuk Trip Kerja 3 Hari

Panduan gaya lelaki moden yang sentiasa on-point.
Published: November 30, 2025
Foto: Pexels.com

Trip kerja tiga hari mungkin kedengaran ringkas, tetapi bagi lelaki yang menghargai gaya, profesionalisme dan efisiensi adalah satu misi taktikal. Bukan sekadar sumbat apa yang sempat dalam beg, ia tentang memilih item yang tepat agar anda tampil teratur, rapi dan bersedia untuk apa sahaja yang menanti di destinasi.

1. Pakaian Kerja yang Versatil

Sacoor Brothers, RM395

Rahsia utama? Mix-and-match. Bawa dua kemeja berkualiti (putih dan biru lembut adalah pilihan selamat), satu blazer ringan yang tak mudah kedut, serta sepasang seluar tailored yang boleh digayakan siang dan malam. Padankan dengan kasut kulit minimalis yang selesa untuk mesyuarat panjang atau makan malam korporat.

2. Essentials Grooming

Jo Malone London, RM289

Tak perlu bawa set lengkap bilik mandi, cukup kit grooming yang kompak tetapi efektif. Bawa pencuci muka, moisturizer, deodorant travel-size dan pomade untuk memastikan rambut kekal terletak. Jangan lupa cologne bersaiz kecil, satu semburan cukup untuk beri aura yakin tanpa berlebihan.

3. Peranti & Teknologi

Bose, RM1,235

Dalam dunia kerja moden, gajet adalah ‘senjata’. Pastikan anda bawa laptop, pengecas telefon pintar, power bank dan fon telinga yang berkualiti. Travel adaptor juga item wajib!

4. Aksesori Lelaki Bijak

Bottega Veneta, RM3,080

Aksesori bukan sekadar gaya, ia soal fungsi. Jam tangan elegan (satu mencukupi), tali pinggang kulit, dan dompet ringkas untuk kad & cash. Jika anda selalu on-the-go, sunglasses hitam bingkai nipis boleh jadi penyelamat wajah letih selepas penerbangan.

5. Pakaian Santai untuk 'Downtime'

A.P.C, RM629

Trip kerja tak bermakna anda tak boleh berehat. Bawa satu baju-T premium dan seluar chinos atau jeans gelap berkualiti tinggi. Sesuai untuk coffee run, makan malam kasual atau sekadar recharge di hotel.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down