New York Fashion Week bukan sahaja tentang pentas peragaan. Ia adalah tentang gaya sartorial jalanan kota, tempat sebenar gaya hidup lelaki urban tercipta. Malahan, New York City juga dikenali sebagai ibu kota fesyen Amerika Syarikat. Di tengah hiruk-pikuk Manhattan, koleksi Superdry disatukan bersama ketelitian rekaan Cole Haan, lantas membentuk naratif gaya lelaki yang moden, lasak, namun tetap rapi.
Superdry hadir dengan DNA yang sudah sinonim dengan lelaki aktif dan berkarakter. Antaranya jaket windbreaker dengan potongan oversized, hoodie bertekstur lembut, hingga kemeja sulaman bercorak. Semuanya direka untuk bergerak seiring dengan tempo kota New York. Ia membiaskan padanan yang santai serta effortless yang pastinya akan memancarkan keyakinan.
Mengenakan Superdry di jalanan SoHo atau sekitar Times Square terasa tepat. Ia menggabungkan keselesaan kasual dengan elemen streetwear yang terkini. Lantas, setiap padu-padan gaya akan menjadikan setiap langkah seakan terkurasi dengan baik. Tidak dilupakan, Superdry juga menampilkan seleksi pakaian aktif yang boleh dipakai kala beriadah di sekitar kota New York.
Jika pakaian membina personaliti, kasut pula adalah pelengkap gaya yang utama. Cole Haan menyempurnakan gaya dengan himpunan kasut kulit generasi hybrid yang terkini. Setiap rekaan boleh dipakai antara formal dan kasual, dalam memberi lelaki moden gaya yang selesa tanpa kompromi.
Rangkaian kasut ØriginalGrand Cityspectre Collection terbaharu sangat sesuai untuk melangkah ke sekitar kota Big Apple. Sniker sporty dengan sentuhan warna, kasut oxford yang disuntik teknologi ringan, atau but Chelsea rona coklat cukup bergaya. Setiap satunya memberikan sisi lebih kemas kepada gaya jalanan yang urban. Bersama padanan pakaian Superdry, ia menghidupkan estetika maskulin yang moden. Santai tetapi sharp, kasual tetapi penuh keyakinan.
Statement Gaya di Pusat Fesyen Dunia
Menggabungkan Superdry dan Cole Haan ketika New York Fashion Week adalah kenyataan yang bergaya. Lelaki hari ini tidak perlu lagi perlu memilih antara keselesaan dan teknologi moden. Dari menghadiri pementasan fesyen di Brooklyn hingga kopi pagi di Mid Town, gaya sartorial jalanan ini membuktikan bahawa fesyen bukan hanya untuk pentas peragaan. Tetapi, ia untuk dihidupkan di jalanan yang sebenar.