LANGGAN

Charles Tyrwhitt Buka Butik Pertama Di Rantau Ini Di Malaysia

“The Proper Shirt”
Published: December 2, 2025

Jenama pakaian lelaki British ikonik, Charles Tyrwhitt kini hadir di Suria KLCC dengan membawa gaya dan seni pembuatan abadi ke Kuala Lumpur.

Jenama pakaian lelaki dari London, Charles Tyrwhitt (disebut Tirrit seperti dalam “spirit”) secara rasmi membuka kedai pertamanya di Suria KLCC, Malaysia. Satu pencapaian penting dalam pengembangan jenama ini di Asia. Pelancaran ini, melalui kerjasama dengan Wing Tai Fashion membawakan yang terbaik dalam seni jahitan British dan fesyen lelaki moden. Lantas memperkenalkan destinasi baharu untuk lelaki yang mementingkan gaya, kualiti dan pertukangan yang sempurna.

Diasaskan pada tahun 1986 oleh Nick Charles Tyrwhitt Wheeler OBE dari biliknya di Bristol University, jenama ini lahir daripada idea ringkas. Menghasilkan kemeja yang selesa dipakai, kekal kemas dan pada harga berpatutan. Hampir 40 tahun kemudian, Charles Tyrwhitt menjadi sinonim dengan “the proper shirt”. Dengan tiga jenis potongan dan lebih 500 gabungan saiz, kolar, cuff, warna serta corak, kemeja mereka benar-benar menonjol dalam aspek pilihan dan kualiti. Namun, Tyrwhitt bukan sekadar kemeja ikoniknya. Penjualan koleksi kasual dan formalnya kini seimbang 50/50. Daripada sut yang ditempah rapi dan blazer santai hinggalah knitwear mewah, chino harian, polo refined serta pelbagai pilihan kasut, mereka menawarkan sebuah almari lengkap penuh keperluan asas bergaya. Sama ada untuk ke pejabat, bekerja dari rumah, ke padang golf atau hujung minggu. Tyrwhitt boleh digayakan ke mana sahaja.

Seni Jahitan Terkenal

Jahitan Charles Tyrwhitt terkenal dengan perhatian terhadap perincian. Mereka bekerjasama dengan kilang fabrik warisan dan penggiat seni Itali bertaraf dunia, kebanyakannya telah menenun fabrik terbaik sejak abad ke-19. Hasilnya? Pakaian yang menggabungkan sentuhan tradisional dengan keselesaan dan versatiliti moden. Kini, satu jaket sahaja boleh membawa anda dari mesyuarat pagi ke minum petang dengan gaya yang mudah disesuaikan.

Kedai baharu ini menawarkan pengalaman Charles Tyrwhitt sepenuhnya, di mana kepakaran jahitan bertemu fungsi moden dan layanan bertaraf tinggi. Daripada ukuran khas hingga gaya peribadi, setiap aspek direka untuk menjadikan pengalaman berpakaian kemas sesuatu yang mudah dan menyenangkan.

Charles Tyrwhitt turut bekerjasama dengan barisan rakan kerjasama dan duta bertaraf dunia. Seperti England Rugby, pasukan Liga Perdana Inggeris Fulham FC, serta New York Yankees dari Major League Baseball. Masing-masing mencerminkan komitmen jenama terhadap kecemerlangan dan tradisi. Melengkapkan kerjasama ini ialah duta jenama yang telah lama bersama mereka. Marcus Smith dan Matt Dawson dari England Rugby, Joe Root dan Stuart Broad dari England Cricket, serta Anthony Volpe dari New York Yankees. Para atlet ini membantu Charles Tyrwhitt berhubung dengan kumpulan peminat global yang berkongsi minat terhadap prestasi, keyakinan dan gaya.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down