Dianggotai oleh Zic (penyanyi), Zac (gitaris) dan Alif (pemain dram), Empty Page tampil dengan karya yang jujur, dekat di hati dan berani menyuarakan emosi tanpa tapisan menjadikan mereka suara generasi baru dalam landskap muzik Indie.

EM: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?
EP: Kami mahukan kejayaan komersial yang lebih luas. Dalam erti kata lain, kami ingin semua orang tahu siapa Empty Page. Kami mahu mengubah dunia melalui muzik kami, daripada lirik sehinggalah kepada lagu dan muzik yang kami sampaikan.
EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?
EP: Real, intim, sarkastik, berani dan rebel.
EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?
EP: Bagi kami, Empty Page adalah satu band yang fleksibel dan terbuka dengan apa saja. Tetapi satu perkara yang kami tidak boleh bertolak ansur ialah sikap tiada rasa hormat dan tiada kepercayaan. Kami sangat mementingkan dua perkara ini dan itu adalah prinsip utama kami sebagai band.
EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?
EP: Bukan perkara baru tetapi lebih kepada refleksi diri sebagai individu dan band. Bila kita berada dalam dunia hiburan, apa yang saya faham kita kena percaya naluri sendiri. Kami tidak pernah mengambil kata-kata orang luar sebagai panduan utama. Kami buat apa yang kami percaya. Walaupun ramai menyarankan kami untuk menukar hala tuju muzik agar lebih komersial, kami tahu identiti kami terletak pada keberanian untuk kekal berbeza dan dari situ juga kami belajar apa yang perlu diperbaiki.

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd
Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra
Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO
Arahan Seni: Iera Nadzlim
Arahan Digital: Sri Azni
Temu bual:M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha
Grooming: Joey dan Ayang Kamell
Rambut: Olivia