LANGGAN

Apa Dalam Beg? Kempen Louis Vuitton Dekati Jackson Wang, Jeremy Allen White dan Future!

Louis Vuitton menampilkan kempen baharu 'In My Bag'.
Published: April 25, 2026

Umpan nama selebriti ‘dilemparkan’ untuk memancing persoalan kita, “Apakah ini barang-barang yang mereka selalu kendong dalam beg tersebut?” Jackson Wang membawa foto polaroid, manakala Jeremy Allen White mengisi begnya dengan stoking berona ungu dan Future pula tidak meninggalkan barang kemasnya. 

Jackson wang

Inilah pancingan Louis Vuitton untuk kempen terbarunya, yakni ‘In My Bag’ – siri kempen beg Speedy P9 yang menampilkan sebarisan beg selebriti (duta jenama dan friend of the brand) seperti Jackson Wang, Jeremy Allen White, Future, LeBron James, Jude Bellingham dan Victor Wembanyama bersama segala barang kepunyaan peribadi masing-masing. Sekali gus, mencerminkan gaya hidup mereka. 

Menampakkan kepelbagaian. Susupan idea yang menilai tanggapan audiens. Idea atau tema yang digolongkan bersifat ‘ekstrovert’, menerokai personaliti sebenar mereka. Dipadukan bersama ber Speedy P9 yang mengimaginasikan semula beg ikonik Speedy yang pada mulanya diperkenalkan pada era 30-an. Beg carryall bersaiz medium ini menjadi aspek siginifikan dalam buana perantauan Louis Vuitton, bergabung dengan kemaraan fesyen dan savoir-faire yang luar biasa

Selaku Pengarah Kreatif Lelaki, Pharrell Williams memperkenalkan Speedy, menonojolkan ketelusan gagasan sendiri sewaktu himpunan debut-nya pada dua tahun yang lalu. Pharrell menamakan ia ‘Speedy P9’, dikutip daripada nama jambatan di Paris yakni Pont-Neuf yang pernah menjadi arena pentas himpunannya. 

Jackson wang

Seni pembuatan beg menggunakan kulit anak lembu bagi menghasilkan Speedy P9 dipilih secara teliti oleh Louis Vuitton, untuk mengawal kualiti premium. Bahan ciptaan ini melalui variasi proses serta teknik bagi mengolah tekstur lembut dan kemasan mewah. Keluarbiasaan ini menjadikan beg Speedy P9 ini tidak hanya berteraskan kecantikan pada pandangan, namun kepraktisan serta faktor keselesaan

Kempen menampilkan barang peribadi milik Jackson Wang, Jeremy Allen White dan yang lain-lain

Lantas ia berlanjutan ke idea ‘In My Bag’ untuk memperlihatkan atribut beg ini. Cantik, selesa, praktikal, daya tahan tinggi dan berkualiti. Antara yang menjadi sorotan utama adalah barangan harian Jeremy Allen White yang mengendong surat khabar, buku nota, jam tangan, sikat dalam beg Speedy P9 berona hijaunya. 

Jackson Wang memadatkan Speedy P9 berona merah jambunya dengan fon kepala, foto polaroid, sarung tangan untuk fencing, pembesar suara mini dan banyak lagi. LeBron James pula tampil dengan Speedy P9 kuning yang menyerlahkan personalitinya dan Future hadir dengan Speedy P9 yang mengisi barang-barang seperti raket tenis serta aksesori-aksesori peribadi. 

Jackson wang

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down