LANGGAN

Blacked Out Menandakan Era Baharu Buat Ray-Ban dan A$AP Rocky

Era baharu buat Ray-Ban telah bermula!
Published: May 24, 2025
A$AP

Label kaca mata dari Amerika itu telah melancarkan projek sulung bersama pengarah kreatif pertamanya, A$AP Rocky. Bintang serba boleh ini telah diumumkan sebagai Pengarah Kreatif Ray-Ban secara rasmi pada Februari tahun ini. Tanggungjawab A$AP bukan sekadar mereka kaca mata semata-mata, malah dia berperanan dalam evolusi Ray-Ban dan membentuk semula masa depan jenama.

A$AP

Koleksi pertama ini dinamakan sebagai 'Blacked Out'. Ia merupakan keluaran daripada rekaan ikonik Balorama, Clubmaster dan Wayfarer. Ketiga-tiganya diberi nafas baharu menerusi sentuhan eksklusif A$AP. Sinonim dengan namanya 'Blacked Out', rekaannya menampilkan bingkai serba hitam yang dipadankan bersama kanta ultra black, mencipta aura rockstar yang maskulin. Lebih mengujakan, setiap bingkai ini dihiasi dengan perincian berlapis emas dan logo 'AWGE' yang ditempatkan pada hujung tangkai bingkai.

Selain daripada kaca mata itu sendiri, estetikanya turut diperlihatkan pada reka bentuk kotaknya. Rekaanya menyerupai timbunan wang kertas AWGE bernilai $1,000, lengkap dengan pelbagai ikonografi A$AP dan AWGE. Sama juga dengan bekas kaca mata dan kain pengelap kanta yang disertakan, kesemuanya mempunyai sentuhan khas dariapada dunia kreatif A$AP!

A$AP Rocky
Ray-Ban

Koleksi 'Blacked Out' ini hanyalah permulaan kepada barisan rekaan yang lebih bergaya, berani dan bereksperimental. Gabungan dinamik antara A$AP Rocky dan Ray-Ban pastinya mencetuskan ledakan kreativiti, melahirkan rekaan yang melangkaui jangkaan dan mendefinisikan semula gaya masa depan.

“Saya sentiasa mengagumi kemampuan Ray-Ban untuk kekal setia pada asal-usulnya sambil terus berkembang,” kata A$AP dalam kenyataan rasminya. “Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada warisan jenama ini dan membangunkan bab baharu untuk jenama ikonik seperti Ray-Ban," tambahnya.

Topics: ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down