LANGGAN

Dolce & Gabbana X Ray-Ban: Dua ‘Ikon’ Untuk Self-Expression

Dolce & Gabbana X Ray-Ban meneguhkan legasi Itali!
Published: April 27, 2026
dolce & gabbana

Memberi semangat berekspresi. Retrospeksi yang mencakup kesedaran untuk menjengkau distingtif, ekspresi kendiri yang serasa autentik dan pembentukan jati diri yang berkait dengan budaya kontemporari. Ray-Ban diimaginasikan semula dalam garapan Domenico Dolce dan Stefano Gabbana, lantas memperkenalkan kolaborasi Dolce & Gabbana X Ray-Ban!

Menyandang konotasi ‘ikon bertemu stail’ yang memperbaharui aspek warisan menerusi kekreatifan. Bererti DNA kedua-duanya yang berakar pada jati diri Itali cukup kukuh untuk disatukan, apalagi kedua-duanya mencorakkan generasi bertahun lamanya. Lantas, jenama legasi ini berbancuhan idea, mentafsirkan rangkaian himpunan yang membangkitkan antisipasi tahun ini.

dolce & gabbana

Ulang tahun ke-90 jenama Ray-Ban dirai bersama Dolce & Gabbana, melancarkan himpunan kaca mata yang menghidupkan interpretasi baharu – rangkaian Shooter dan Outdoorsman II – yang dikutip daripada arkib mereka. 

dolce & gabbana

Rangkaian Shooter menampilkan bentuk yang cukup berani, dengan palang kening yang diperbuat daripada ‘mother-of-pearl’ bersama pemegang rokok terbina dalam. Segala citra yang dihuraikan ini merujuk kepada reka bentuk vintaj kaca mata Ray-Ban. Kanta berupa titisan air muncul dalam rona jingga, merah jambu, hijau, biru serta kuning, yang disertakan pilihan lutsinar dan bercermin. Dan dilengkapi logo kedua-dua Dolce & Gabbana dan Ray-Ban. 

dolce & gabbana

Rekaan Outdoorsman II tak usang dek zaman. Kesederhanaan pada konsep rekaan yang bersatu dengan sifat kontemporari yang menjadi titik fokusnya. Palang kening pada rekaannya menonjolkan gambaran grafik pabila dipakai, manakala ciptaan logam yang ringan berteras elok dengan ruang negatif dan menyerlahkan keseluruhan siluet. Lensa titisan air hadir dalam pilihan lutsinar dan bercermin, tersedia dalam rona biru, merah jambu, krim, coklat serta hijau. 

Setiap pasang disempurnakan dengan sarung kulit eksklusif, dilengkapi tali kulit serta karabiner logam berwarna emas. Dihiasi lagi dengan perincian khas Dolce & Gabbana, sarung ini direka untuk dipakai sebagai aksesori dan boleh dipasang dengan mudah pada beg atau tali pinggang.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down