LANGGAN

Cawangan Baharu TOPTEN10 Bakal Dibuka di 1 Utama

Setelah pembukaan cawangan pertama di Sunway Pyramid awal tahun ini, TOPTEN10 kini tiba di 1 Utama.
Published: July 29, 2026
TOPTEN10
Sumber: Instagram (@topten10_malaysia)

Jenama pakaian harian dari Korea Selatan, TOPTEN10, meluaskan jejaknya di Malaysia menerusi pembukaan cawangan kedua di 1 Utama Shopping Centre pada 31 Julai 2026. Perluasan ini mencerminkan keyakinan mereka terhadap pasaran tempatan yang semakin mengutamakan pakaian berkualiti pada harga berpatutan. Menurut Tony Oh, Pengarah Eksekutif Shinsung Tongsang Malaysia, pengguna Malaysia menghargai keseimbangan antara gaya, nilai dan keselesaan, menjadikan negara ini lokasi yang sesuai untuk pertumbuhan TOPTEN10. Berteraskan falsafah Good Wear, jenama ini memberi fokus kepada pakaian yang praktikal, tahan lama dan mudah dipakai dalam kehidupan seharian.

TOPTEN10 untuk Kehidupan Seharian di Malaysia

Keunikan TOPTEN10 terletak pada pendekatannya terhadap pakaian harian. Setiap koleksi dibangunkan untuk memenuhi keperluan gaya hidup yang berbeza. Dalam iklim panas dan lembap seperti Malaysia, antara koleksi yang diketengahkan adalah COOL-Air Collection yang menggunakan teknologi penyejukan untuk memberikan rasa nyaman sepanjang hari menerusi fabrik yang ringan, bernafas dan cepat kering. Bagi mereka yang sering berada di luar, UV Protection Collection menawarkan windbreaker dengan perlindungan UPF50+. Super Stretch Collection pula menampilkan seluar empat arah regangan yang sesuai dipakai dari pejabat hingga ke hujung minggu. Kesemuanya direka dengan satu matlamat yang sama iaitu menjadikan pakaian harian lebih selesa tanpa mengabaikan gaya.

Direka Untuk Cuaca Malaysia

Sempena pembukaan cawangan baharu, TOPTEN10 menawarkan promosi selama 10 hari bermula 31 Julai hingga 9 Ogos 2026. Selain harga istimewa untuk produk terpilih, 200 pelanggan terawal setiap hari dari 31 Julai hingga 2 Ogos yang mengikuti akaun media sosial TOPTEN10 Malaysia akan menerima Mystery Box eksklusif. Pembeli yang berkunjung antara jam tujuh malam hingga lapan malam dalam tempoh tersebut turut menikmati diskaun tambahan sepuluh peratus.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down