LANGGAN

Menungan Josh O’Connor Tentang Kajian Watak Dalam Kempen Loewe Fall/Winter 2025

Josh O'Connor renung tajam ke mata audiens dalam kempen Loewe terbaru
Published: May 27, 2025
josh o'connor

Josh O’Connor seperti terpekin, merenung seraya meneliti kita yang melihat dalam visual kempen fesyen Loewe musim luruh/dingin 2025. Imej itu tidak menggendalakan pengertian atau pemerhatian audiens, sebaliknya selaras dengan penyampaian Loewe yang mengamati kajian watak. Apakah penikmatan kajian watak yang didukung oleh Loewe ini?

Loewe musim luruh/dingin 2025 menyuluh kepudaran tanggapan kita dengan satu plot cerita kajian watak dalam lingkungan visual yang perkembangannya sepertikan tidak berkesudahan. Kempen untuk pra-koleksi musim luruh/dingin 2025 adalah episod daripada lanjutan siri yang digarap oleh fotografer Gray Sorrenti. Gray Sorrenti bersikap lurus hati dalam menangkap visual-visual dengan membariskan protagonis-protagonis yang menerajui kempen ini. 

josh o'connor

Seting domestik, dengan jendela besar dan dinding kaca menegapkan citra seni bina moden, lantas menyempurnakan ciri-ciri elegan pada pakaian yang digayakan oleh setiap watak protagonis. Elemen-elemen yang mendefinisikan watak ini menampilkan paparan tak terlindung sebagai suatu refleksi yang menerbitkan teka-teki pada pandangan audiens. Gray Sorrenti menggunakan teknik pencahayaan panas yang menyoroti setiap pojok ruang, namun memang diniatkan untuk memadam koordinat geografi. 

Apa yang ditampilkan menjangkau tanggapan audiens. Kempen ini mengusik kita dengan permainan skala serta perkadaran dengan aspek zooming in dan zooming out yang sudah sinonim dengan jenama Loewe. Atmosfera sinematik yang menyuasanai syot-syot watak ini terlihat seakan-akan menggetarkan dan bikin rasa tergantung. 

josh o'connor

Persoalan yang berbangkit dalam gambaran ini adalah : apakah setiap peneraju ini sedang berlatih atau menghayati watak? Apakah mereka adalah gerombolan para akademik yang sedang menyelidik watak atau penulis yang ‘digenangi’ proses kerja intensif?

Pelakon ‘Challengers’, Josh O’Connor antara wajah yang menghiasi kempen Loewe musim luruh/dingin 2025. Josh mengikat perhatian audiens dengan gerak isyarat tubuhnya yang bersantai di atas kerusi sofa. Bukan duduk termangu, namun termenung tajam memandang kamera. Menungan tersebut membayangkan dirinya sedang mengkaji sesuatu watak. Tekstur kasar upholsteri pada sofa seolah-olah membangkitkan kehangatan pabila disentuh dan bercampur pula dengan kelembutan kulit jaket blouson dan beg Featherlight Puzzle di sisi. 

josh o'connor
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down