LANGGAN

Tiru Gaya ‘Airport Look’ Bintang Thailand, Apo Nattawin

Apo Nattawin memadankan himpunan Dior Men untuk gaya 'airport look' yang santai.
Published: May 23, 2025

Bintang Thailand, Apo Nattawin menggayakan persalinan Dior daripada koleksi Fall 2025 ketika berada di lapangan terbang Bangkok.

Apo Nattawin

Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Nattawin Wattanagitiphat atau lebih dikenali sebagai Apo Nattawin cukup dikenali bukan sahaja di Thailand, malahan seluruh rantau Asia dan antarabangsa. Gayanya turut mencuri perhatian, lebih-lebih lagi buat peminat dan pemain fesyen menswear yang senantiasa mencari inspirasi trend fesyen terkini.  

Terbaharu, bintang Thailand yang juga merupakan duta global untuk Dior itu terbang ke negara seberang untuk menghadiri acara pembukaan butik Dior terbaharu. Ketika berada di lapangan terbang Bangkok, dia dilihat menggayakan persalinan Dior daripada koleksi musim luruh 2025 oleh bekas Pengarah Kreatif Dior Men, Kim Jones. 

Gaya 'Airport Look' Dior Men

Pelakon “KinnPorsche The Series” viral itu dilihat menggayakan ‘airport look’ yang lebih santai di lapangan terbang Bangkok. Apo Nattawin memadankan jaket blouson kulit dalam ton tan bersama kemeja kapas jalur biru muda dan seluar kanvas potongan lurus. Aktor itu menyempurnakan gayanya dengan kasut sneaker putih dan beg Dior Prive terbaharu. 

Aktor drama BL Thai dengan ketinggian 181 cm itu berada di lapangan terbang untuk terbang ke Indonesia bersempena dengan pembukaan butik Dior terbaru. Dia diterbangkan eksklusif selaku tetamu istimewa ke acara pelancaran yang diadakan di Plaza Indonesia, Jakarta. Ketibaannya di Jakarta disambut dengan ratusan peminatnya yang dikenali sebagai Apocolleagues. 

Duta Dior Bersama Mile Phakphum

Bersama Mile Phakphum Romsaithong, Apo telah diangkat sebagai duta Dior Thailand sejak 2023. Mereka sering diihat menghadiri minggu fesyen di Paris, selain menerima jemputan eksklusif untuk acara pelancaran di sekitar Asia Tenggara. Terbaharu, dia akan membintangi filem “Tee Yai: Born To Be Bad” yang bakal ditayangkan di Netflix.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down