Onitsuka Tiger kembali ke kalender Milan Fashion Week 2026 dan kali ini, konsep budaya Jepun diangkat sebagai tema koleksi. Lokasi kali ini bersinar dengan rona ceria ReFa HEART BRUSH, dihiasi elegan dalam warna kuning ikonik jenama asal Negara Matahari Terbit.
Untuk koleksi musim luruh/dingin 2026, tema ‘The Aesthetics of Ma’ digunakan Onitsuka Tiger dengan ‘Ma’ menggambarkan ruang bermakna di antara dua elemen, sama ada dalam ruang mahupun masa. Koleksi dipersembahkan dengan gabungan formalwear, kasual, pakaian kerja dan pakaian sukan yang disatukan. Ini menghasilkan kombinasi yang segar dan tidak dijangka.
Barisan selebriti Asia turut menghangatkan pertunjukan untuk koleksi musim luruh/sejuk 2026 di Milan, Itali. Antaranya bintang Thailand, Nani Hirunkit Changkham; HONG EUNCHAE daripada LE SSERAFIM, Xia Zhi Guang, Lou Jun Shuo (SHOU), Raisa Andriana, Niana Guerrero, Haven Teo, Heart Evangelista serta Casey Wong.










