LANGGAN

Warisan Dan Pengekodan Semula Watak Muda Dior Men Winter 2026

Dior Men Winter 2026
Published: January 29, 2026
jonathan anderson

Untuk Dior Men Winter 2026, permainan antara warisan dan kemewahan diserap ke dalam gugusan pengaruh baharu. Pengarah Kreatif, Jonathan Anderson membayangkan karakter-karakter muda untuk pengekodan semula rekaan rumah fesyen ikonik Paris ini sempena Paris Fashion Week Men 2026.

Watak-watak muda yang dibayangkan oleh Jonathan Anderson dalam usaha mengolah semula kod identiti maison ini berkeliaran di Paris seperti flaneur moden. Mereka merayau tanpa tujuan, sebelum tiba di butik Dior di Avenue Montaigne dan menyedari sebuah plak peringatan kecil yang tertanam di laluan kaki berhampiran tertera nama Paul Poiret. 

Pada zaman kegemilangannya, pereka couture tersebut yang diraikan kerana siluetnya mengalir serta rujukan yang diambil daripada Afrika Utara, Timur Tengah dan Asia Timur. Beliau pernah berkarya hanya beberapa langkah dari alamat ini. Pertemuan simbolik itu menjadi pemangkin. Tersentak oleh kesedaran sejarah, generasi muda aristokrat Dior ini mula membentuk hubungan gaya baharu. Dipandu oleh kegembiraan dan spontan, lalu muncul dengan rambut kuning berduri, epolet bersulam dan aura kemewahan eklektik.

Idea-idea yang kelihatan bertentangan dirangkum bersama. Kod formaliti, tropa Dior, gema Poiret, denim dan parka. Gaya diolah sebagai satu bentuk wacana. Jahitan tampil langsing dan tepat. Jaket memanjang, blazer diperkecil, kot ekor, jaket bar potongan pendek serta seluar siluet ramping. Sementara pakaian luar menyatukan elemen teknikal dan kemewahan. Garisan maskulin dan feminin dirayakan tanpa batasan. Tweed Donegal, baldu, jacquard dan sulaman menghidupkan palet warna yang tenang dan berlapis.

Dior Winter 2026

Berpakaian menjadi satu permainan asosiasi tanpa kekangan, di mana yang lama dan yang baharu bertembung dengan mudah dan spontan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down