LANGGAN

Edisi Terhad Aluminium RIMOWA Untuk Pengembara Moden

Pergi merantau, mengusung beg bagasi stylish daripada Rimowa!
Published: March 28, 2026

Bancuhan idea aluminium dalam mengolah pembuatan beg bagasi untuk si pengembara sudah bersemi lamanya dalam prinsip rekaan Rimowa. Umur Rimowa menjangkau lebih seabad, yang mencabar kelaziman dan sepanjang masa mengerjakan segala kemungkinan yang tidak pernah bertitik noktah bersama aluminium. Dan kini, ia memunculkan idea bernas Rimowa Classic Aluminium Grid – sebuah himpunan edisi terhad yang menampilkan rangkaian tahun 1969 yang mengunjungi semula ciptaan-ciptaan daripada arkib.

Rimowa
Rangkaian himpunan The Grid dalam pebagai said

Rimowa menyemat bahasa visual geometri dalam tafsiran baharu rangkaian himpunan The Grid ini. Ia merupakan satu retrospeksif, ‘mulih’ ke era akhir 60-an dan merujuk kepada rekaan arkib beg hand-carry. Pada ketika itu, ciptaan-ciptaan sedemikian rupa sangat sinonim dengan aliran nada era tersebut yang mendukung tinggi kejituan teknikal, rekaan modular serta butiran-butiran kontemporari.

Seni binaan beg bagasi The Grid begitu teliti. Perincian grid jalinan sentuh timbul daripada aluminium perak dengan visual yang striking menjadi tumpuan utama. Seperti rekaan-rekaannya yang lain, ia tetap memelihara kekuatan dan daya ketahanan bagi mengukuhkan identiti kejuriteraan dari aspek pembuatan. Manakala pada bahagian dalamannya pula, kemasan beg bagasi ini menggunakan material kulit serta quilted lining ( kesinambungan corak grid pada bahagian luar). 

Rimowa
Rimowa
Rimowa

Seperkara tentang kehebatan jenama ini adalah tidak menyingkir komponen-komponen klasik seperti pemegang material kulit, kunci palladium berkilat dan rivet bercorak bentuk kapal terbang untuk menegaskan karakter distingtif. Sistem Multiwheel dan pemegang teleskopik turut dikekalkan, lantas menjanjikan kemodenan prestasi beg ini. Kecirian ikonik The Grid adalah tafsiran semula leather touchpoints dalam rona biru untuk menjelaskan penghormatan bua trona bersejarah Rimowa. 

Rangkaian The Grid hadir dalam pelabagai saiz: Hand-Carry dan Cabin Case, termasuklah saiz Trunk, menandakan yang pertama sekali bersempena pelancaran edisi istimewa ini. Menyentuh bab harga-harganya, Classic Aluminium Grid Hand-Carry Case dalam rona Silver berharga RM 10,350.00 ; Rimowa Classic Aluminium Grid Cabin dalam rona Silver pula berharga RM 12,100.00. Rangkaian Trunk dalam rona Silver tersedia dalam harga RM 14,400.00. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down