Louis Vuitton bakal mementaskan koleksi Men’s Spring Summer 2026 oleh Pharrell William pada 25 Jun 2025.
Minggu Fesyen Lelaki untuk koleksi musim bunga/panas 2026 sudah bermula di kota Milan. Selepas Milan, pemain fesyen akan terbang ke kota Paris pula untuk pementasan daripada rumah-rumah fesyen seperti Louis Vuitton, Dior dan banyak lagi.
Louis Vuitton akan mempersembahkan koleksi Men’s Spring Summer 2026 oleh Pengarah Kreatif Lelaki, Pharrell Williams pada 24 Jun 2025. Acara kali ini akan diadakan di Place Georges-Pompidou di kota Paris, Perancis. Koleksi musim bunga/panas 2026 ini akan diadakan pada jam 8:00 PM waktu Paris atau 2:00 AM (25 June 2025).
Menarik kali ini, Fourth Nattawat akan membuat menghadiri acara ini buat kali pertama. Bintang Thailand itu terus meluaskan pengaruhnya dalam arena fesyen selepas pernah menghadiri pertunjukan Zegna pada Minggu Fesyen Milan yang lalu. Dia akan disertai oleh penyanyi GOT7, BamBam yang sudah beberapa kali menduduki kerusi hadapan di Minggu Fesyen Paris. Kehadiran mereka pasti akan ditunggu-tunggu oleh peminat, mencipta fenomena tersendiri nanti.
Buat peminat yang menanti-nanti untuk melihat himpunan terbaharu daripada Louis Vuitton dan Pharrell Williams, anda boleh saksikan secara langsung terus dari Paris. Pementasan koleksi musim bunga/panas 2026 ini boleh disaksikan secara langsung di louisvuitton.com. Atau, boleh disaksikan terus di semua platform media sosial utama rumah fesyen ikonik ini.