LANGGAN

Panduan Trend Fesyen Lelaki Musim Luruh/Dingin 2025

Tidak perlu ubah seluruh almari anda, hanya mulakan dengan aksesori trendy yang tepat.
Published: October 6, 2025

Jika anda sedang mencari cara untuk menyegarkan gaya peribadi atau menambah sentuhan berbeza dalam almari pakaian anda, aksesori adalah titik permulaan yang ideal. Musim ini, aksesori bukan lagi sekadar pelengkap gaya, ia berperanan sebagai elemen utama dalam mencorakkan gaya dan personaliti lelaki moden. Daripada beg XXL yang praktikal dan penuh karakter, hinggalah ke kaca mata dengan pesona retro, trend aksesori musim luruh/dingin 2025 ini akan membantu menaikkan keseluruhan gaya anda (dan membuatkan penampilan tidak terasa bosan).

Kuasa XXL

dior
Dari kiri Dior, Gucci, Giorgio Armani dan Zegna

Setelah sekian lama beg mikro dan mini mendominasi dunia fesyen, kini tiba giliran beg bersaiz besar untuk menyerlah! Dengan ruangan yang luas, tiada lagi dilema tentang apa perlu ditinggalkan – segalanya pasti muat. Bukan sekadar praktikal, beg XXL juga tampil sebagai aksesori yang mampu menambah karakter dalam penampilan. Gantungkan juga charms untuk impak maksima.

Lensa Retro

amiri
Dari kiri Amiri, Valentino Garavani, Gucci dan Dolce&Gabbana

Sejarah mungkin akan berulang, tetapi trend fesyen sebenarnya akan berputar dalam kitaran yang tidak pernah berakhir. Apa yang dahulunya dilabel ketinggalan zaman kembali menjadi inspirasi segar di pentas global. Daripada aviator hingga ke bingkai tebal era 80-an, jenama-jenama seperti Gucci, Prada, Louis Vuitton dan Valentino kini menyuntik semula semangat retro ini dalam interpretasi moden.

 Double Trouble

giorgio armani
Dari kiri Dolce&Gabbana, Giorgio Armani dan Jil Sander

Musim ini, stail tali pinggang berganda muncul sebagai game-changer dalam dunia fesyen lelaki. Jangan terperanjat jika ia bukan lagi sekadar alat yang mengekalkan kedudukan seluar –  kini ia menjadi senjata rahsia yang menambah daya tarikan visual pada bahagian pinggang. Sama ada gabungan dua tali pinggang yang berbeza saiz dan tekstur, atau yang seiras, anda bebas bereksperimen dengan lapisan yang mengikut cita rasa tersendiri.

Tuan Bertopi

Trend aksesori Lelaki
Dari kiri Off-White, Marine Serre, Emporio Armani dan Valentino Garavani

Mahkota seorang lelaki mungkin tidak berkilau, namun hadir dalam pilihan seperti wool, tweed, kulit, linen atau mungkin fabrik bercorak. Sama ada rekaan newsboy cap atau beret, let the hat shine!

Sisi Misteri

prada
Dari kiri Off-White, Emporio Armani dan Prada

Memang benar, balaclava dan hud sinonim dengan musim sejuk. Namun, aksesori ini turut memancarkan aura misteri dan gaya ‘cool’ bagi sang lelaki. Adakah ia sesuai untuk iklim di Malaysia dan berbaloi digayakan? Mengapa tidak? Fesyen tiada batas!

Pin Me Up, Darling

Trend aksesori Lelaki
Dari kiri Louis Vuitton, Dolce&Gabbana dan Dior

Usah khuatir, kerongsang kini bukan lagi eksklusif untuk wanita sahaja. Letak kerongsang rekaan flora pada sut untuk menambah seri, seperti yang ditampilkan Dior Men dan Dolce & Gabbana. Manakala untuk gaya streetstyle, guna kerongsang seakan-akan daripada Louis Vuitton. 

Cengkaman Kulit Maskulin

Trend aksesori Lelaki
Dari kiri Versace, Tom Ford, McQueen dan Ferragamo

Hampir keseluruhan koleksi di pentas peragaan lelaki musim luruh/dingin 2025 dilengkapi  dengan sarung tangan kulit – satu isyarat jelas bahawa trend berkarisma ini tidak boleh diketepikan. Matte atau glossy, pendek atau panjang, asalkan kulit.

Chunky Comfort

Trend aksesori Lelaki
Dari kiri Off-White, Coach dan Louis Vuitton

Direka dengan tapak tebal dan fabrik empuk, kasut chunky memberikan sokongan dan keselesaan maksimum terhadap setiap langkah. Padankan dengan baju-T santai, seluar longgar atau jaket oversized untuk mencipta siluet seimbang. Sama ada untuk gaya harian atau hujung minggu, kasut chunky adalah pilihan yang bold dan penuh karakter.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down