LANGGAN

Evertts Gomes Di Malam Kota Menerusi 'After Hours'

Lembaran fesyen ELLE Men bulan Disember 2025/ Januari 2026.
Published: December 24, 2025

Evertts Gomes menyusuri ritma kota pada waktu malam, bergaya bebas, rileks, sekaligus menyerlahkan aura kelakian moden. Dia menikmati setiap detik seolah-olah malam yang tidak berpenghujung itu baru sahaja bermula.

Bagi edisi Disember 2025/Januari 2026, ELLE Men mempersembahkan lembaran fesyen yang dirakam di sekitar Hotel Stripes Kuala Lumpur. Terletak di kawasan lama pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Kamunting kini muncul sebagai antara lokasi tumpuan dengan deretan sudut visual yang menarik. Tidak hairanlah kawasan ini sering menjadi destinasi penggemar fotografi estetik, menjadikan latar ini selari dan relevan dengan naratif fesyen urban yang dipersembahkan dalam edisi kali ini.

Jaket rajut kardigan dan seluar berpotongan lurus daripada SANDRO

Kemeja motif checked, kardigan distressed bercorak dan seluar jean, kesemuanya daripada ALLSAINTS. Kasut but milik penata gaya

Kemeja leher truffle, kot trench dan seluar jean biru, kesemuanya daripada LILANZ.

Gilet dan seluar jogger daripada HACKETT LONDON. But milik penata gaya

Jaket rajut kardigan dan seluar berpotongan lurus daripada SANDRO

Kemeja jalur, jaket berkolar dengan pengancing fireman dan seluar kargo, kesemuanya daripada KITA&CO

Kemeja polo multi-jalur dan seluar jean distressed daripada SUPERDRY. But dan stoking milik penata gaya

Jaket tartan kemasan lilin dengan lencana dan seluar berpotongan slim daripada HACKETT LONDON

Baju sejuk berhias logo dan seluar sukan daripada SUPERDRY

Kemeja jaket berhud dan seluar pendek daripada BOGGI MILANO. Beg daripada TOD’s. Kasut daripada COLE HAAN


Penataan Gaya Athirah Zahra | Dibantu Muzammin Muzlan dan Ardi Idewani | Arahan Seni Iera Nadzlim | Dibantu Nabihah Nizam | Fotografi Edmund Lee / Hexa Production Studio | Grooming dan Dandanan Sahir Sabri | Lokasi Hotel Stripes Kuala Lumpur

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down