LANGGAN

Zegna dan Art Basel Membuka Lembaran Baharu Secara Beriringan

Kolaborasi ini mengukuhkan komitmen Zegna dalam menyokong suara-suara kreatif dan institusi seni.
Published: May 29, 2025
Zegna

Jenama pakaian lelaki mewah Itali, Zegna membuka lembaran baharu dalam dunia seni kontemporari dengan menjalinkan kerjasama global jangka panjang bersama Art Basel (pameran seni antarabangsa berprestij). Kolaborasi ini bukan sekadar meraikan seni, tetapi mengukuhkan komitmen Zegna dalam menyokong suara-suara kreatif dan institusi seni. Terutama buat hasil karya yang menggabungkan unsur kreativiti, komuniti serta keindahan alam semula jadi.

Sejak awal abad ke-20, seni telah menjadi sebahagian daripada identiti Zegna. Pengasasnya, Ermenegildo Zegna, percaya bahawa bahawa seni dan keindahan seharusnya menjadi sumber inspirasi harian. Bermula di Trivero, Itali, Ermenegildo menjemput artis tempatan untuk memperindah kawasan kilang dan menubuhkan Oasi Zegna. Landskap seluas 100km² ini perlahan-lahan menjadi sebuah muzium hidup, dengan tarikan seperti tangga monumental, air pancut, ukiran dan potret yang memukau.

zegna art

Visi ini terus berkembang sehingga hari ini. Zegna meneruskan legasinya dengan menyokong karya-karya seni dari seluruh dunia. Daripada instalasi khas di butik-butik Zegna di seluruh dunia, di ibu pejabatnya di Milan, hinggalah mencipta trofi bulu eksklusif bersama Graham Sutherland, Not Vital dan Kiki Smith. Setiap karya diraikan dalam ruang tersendiri, melengkapkan naratif Zegna.

Justeru itu, kerjasama dengan Art Basel ini menandakan detik penting buat Zegna. Memberikan platform global yang meraikan karya seni, selari dengan nilai jenama. Dan buat pertama kalinya, Zegna bersedia untuk mempersembahkan legasi seninya, agar terus berkembang. Dengan suara dan cara yang yang paling tepat.

zegna art

Zegna menghadiri keempat-empat pameran Art Basel

Sebagai rakan rasmi, Zegna bakal terlibat dengan semua pameran Art Basel, termasuk di Basel, Miami , Paris dan Hong Kong. Mereka akan mempersembahkan pengalaman yang menggabungkan seni, rekaan dan keusahawanan yang bertanggungjawab. Projek utamanya merupakan 'Visible', sebuah inisiatif oleh Cittadellarte.

Jun ini, di pameran yang bertempat di Basel, Zegna bakal memperkenalkan penerima ‘Visible Situated Fellowships 2025’, mengiktiraf artis serta kolektif global yang menggunakan karya mereka untuk menangani isu sosial dan alam sekitar. Acara ini juga menjadi penghormatan buat Michelangelo Pistoletto atas pencalonannya untuk Nobel Peace Prize. Sekaligus, meraikan dedikasinya yang meletakkan seni sebagai pemacu perubahan dalam masyarakat.

Kredit gambar: Zegna

Topics: ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down