LANGGAN

Chanel Umum ASAP Rocky Sebagai 'House Ambassador' Baharu

A$AP Rocky memenuhi kualiti duta jenama CHANEL!
Published: November 30, 2025

Setelah Matthieu Blazy berjaya membentuk pengelompokan kata-kata pujian daripada pencinta-pencinta fesyen kerana ‘menafaskan semula’ jenama Chanel – Chanel menggazet khabar baharu… yakni ASAP Rocky kini disunting menjadi house ambassador atau duta rasmi jenama tersebut! 

Hujung tahun ini bukanlah rangkap terakhir perjalanan hidup ASAP Rocky. Kejayaannya terus diperteguh oleh penganugerahan daripada lapangan fesyen, dunia perfileman, kolaborasi dengan jenama-jenama tertentu dan sudah tentu, dalam industri hiburan. ASAP Rocky menghiasi wajah hadapan ELLE US isu bulan lalu, berbicara tentang dirinya dalam medan juang menjugel kehidupannya. 

Sebagai seorang artis, seorang bapa, seorang pelakon, seorang ikon stail dan bertumbuh untuk membuka halaman baharu dalam kariernya. 

asap rocky

Kemantapan ASAP Rocky bergelar artis Grammy-nominated, melancarkan lima album, berkembang luas ke dunia sinema – ASAP muncul dalam filem Spike Lee, ‘Highest To Lowest’ dan Mary Bronstein, ‘If I Had Legs I’d Kick You’, yang membuatkan dirinya pertama kali tercalon untuk anugerah Gotham – membuatkan dirinya seorang artis yang tidak pernah lesu berikhtiar. Bakat serta kreativitinya yang tiada keterbatasan menjadikan dia layak diangkat sebagai duta jenama Chanel.

Jelas ASAP, “Khayalan Matthieu sentiasa mara ke hadapan. Rekaan-rekaannya cukup sensitif dan strong, berteraskan realiti, namun pada masa yang sama mengundang keingintahuan yang tinggi.”

Menyentuh tentang menjulang ASAP sebagai duta rasmi Chanel, Matthieu pula menyatakan keterujaannya dalam menjalin kerjasama dengannya. “ASAP adalah artis yang sangat menakjubkan, yang memberi serratus peratus dalam setiap penghasilan ciptaannya. Seorang ahli muzik, ayah, teman… he brings so much to the table.” Lantas mengukuhkan kualiti ASAP dalam pemilihannya. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down